#274 Selamat Ulang Tahun Pengisytiharan UiTM Sebagai Universiti.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diasakan pada 1956.
UiTM telah berkembang ke seluruh negara dengan 4 kampus utama (satelit), 12 kampus cawangan, 9 kampus bandar, dan 19 kolej bersekutu. Mempunyai lebih 15 000 pekerja, UiTM telah membuka ruang dengan menawarkan lebih 300 program akademik.
UiTM dikaitkan dengan pembangunan kemerdekaan Malaysia. Bermula pada 1956 sebaagai Dewan Latihan RIDA (Rural and Industrial Development Authority Training Center) di Petaling Jaya, Selangor. Seterusnya dikenali sebagai Maktab MARA pada 1965. Ini kerana ia tidak lagi beroperasi dibawah naungan RIDA dan menjadi unit terpenting di bahagian latihan MARA. MARA atau Majlis Amanah Rakyat berada di bawah tampuk kepimpinan Tan Sri Arshad Ayub.
Pada 1967, ia telah dinamakan semula sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) yang dinaik taraf demi memenuhi kehendak melatih profesional di kalangan Bumiputera.
Pembangunan ITM mempunyai tiga tahap;
- 1967 hingga 1976, ITM yang mempunyai kampus autonomi di Shah Alam berkeluasaan 300 ekar atau 1.2 km² beroperasi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
- 1976 hingga 1996, ITM maju sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan bukan hanya sebuah institut latihan profesional, yang beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran.
- 1996, pindaan kepada Akta ITM tahun 1976 meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti di Malaysia, tetapi namanya dikekalkan sehingga 1999.
Kini, diubah kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi membezakan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), universiti yang berbeza yang diasaskan di Johor.
p/s: sumber daripada laman sawang UiTM.
Related posts:
- #256 Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung Mantan Pengarah Kampus UiTM Kelantan
- #103 muat turun, lagu, wikipedia, google, dan ulang tahun
- #209 tiada bekalan air di UiTM kelantan dan tindakbalas mahasiswa.
- #229 ukuran bahasa MELAYU sebagai bahasa MAJU.
- listen up #5: peringatan daripada HEA UiTM Kelantan mengenai peraturan semasa peperiksaan






No Comments