The Hello Bar is a simple notification bar that engages users and communicates a call to action.


Facebook
Twitter
Foursquare

listen up #1: 9 senarai golongan yang menjengkelkan di facebook.

May 5, 2010

1. Pengetag gambar sesuka hati laki tiri posmen nenek dia.

facebook photo tag

Gambar dia batuk, dia tag. Gambar dia beli bunga, dia tag. Gambar dia tidur gaya pelik-pelik, dia tag. Gambar kucing dia berasmara, dia tag. Lepas tu nofitikasi pun melambak sebab komen-komen tak perlu. Seriously dude, don’t you have a life other than facebook?

2. Golongan yang suka menjawab kuiz yang bukan-bukan.

facebook photo tag

Jawab kuiz, m.A.a tak kisah. Tapi bila dalam satu hari tu kau jawab 10 kuiz, setiap kuiz tu pulak invite lima belas orang, kau tak tragik tengok halaman utama kau penuh dengan update kuiz ‘berapa aktif kah anda main seks sehari?’, atau ‘kalau kau tak jadi manusia, kau jadi apa?’, atau ‘tok karut meramal kau akan banyak awek hari ini’. Motif?

3. Apa yang dia buat, dia update.

facebook photo tag

Dia bangun pagi, dia update. Dia gosok gigi, dia update. Dia pakai seluar dalam, dia update. Peliklah diorang ni, tak pernah dengar twitter ke?

4. Guna bayi sebagai gambar profil.

facebook photo tag

Guna anak sendiri yang masih kecil tu sebagai gambar profil. Mungkin ada yang fikir ia comel, tapi ramai yang berpendapat bahawa ia lebih kepada ‘perbuatan yang tidak perlu’. m.A.a tak boleh komen lebih sebab abang sendiri pun buat macam tu. Lalalalalala~

5. Suka menjemput ke acara-acara yang tidak munasabah

facebook photo tag

Tengok gambar tu pun dah paham. Need I say more?

6. Suka market.

facebook photo tag

Bila kita dah deny untuk jadi peminat atau tanda like pada sesuatu halaman, patutnya orang tu dah faham lah. Ini dia hantar lagi, dan lagi… Rasa macam nak block je kau terus.

7. Dia main satu game, naik satu langkah, dia bagitau satu dunia.

facebook photo tag

Ni pun lebih kurang macam nombor 2 dan 3. Update update game ni memang m.A.a tak ambil port langsung.

8. Si mami jarum.

facebook photo tag

Segala benda yang kau buat, dia komen. Segala benda aktiviti baru, dia tick like. Bagi m.A.a tak apa kot. Tapi agak menakutkan jugak lah.

9. Si pencetus masalah.

facebook photo tag

Dia nak menyampaikan sesuatu, amarah contohnya, tapi dia tak sebut nama sesiapa. So orang tak tak ada kena mengena pun boleh terasa. Dan mulalah jadi isu.

p/s: m.A.a salin gambar-gambar ni menggunakan FacePAD: Facebook Photo Album Downloader 0.7.2. Ia boleh muatturun satu album gambar tu terus. Tak payah nak muatturun satu satu gambarnya. Ekslusif untuk Browser Firefox.

p/s: maaf tak letak kredit untuk gambar-gambar tu. tak ingat salin kat siapa. jumpa pun tersempak profil sape ntah. tak friend pun.




Related posts:

  1. listen up: beberapa perkara/fakta yang saya SANGAT TIDAK TERIMA [bahagian 1]
  2. dialog hari jumaat: baik buruk apabila parents di facebook
  3. #196 halaman utama Facebook diberi wajah baru. kenapa orang payah sangat nak faham?
  4. #172 facebook status, kenapa perlu emo??
Category: sedikit tutorial tak seberapa | RSS 2.0 | Give a Comment | trackback

30 Comments

Leave a Reply

Mr Delicious encik sedap ServerFreak Malaysia Web Hosting

Switch to our mobile site