The Hello Bar is a simple notification bar that engages users and communicates a call to action.


Facebook
Twitter
Foursquare

#282 Tuntutan Baucar Buku 1Malaysia – UiTM Kelantan

January 14, 2012

Baucar Buku 1Malaysia UiTM Machang Kelantan

Bahagian pertama oleh Achik Che Rahimi dan Imran Mohamed di bahagian Rakan HEA UITM Kelantan.

Assalamualaikum.

Berikutan dari pertanyaan pelbagai pihak tentang proses pengagihan baucar Buku 1Malaysia, di sini kami kongsikan keseluruhan aturcara program pada 15 Januari 2012.

1. Pelajar hadir dan berkumpul di Kompleks Akademik D mulai jam 2.00pm utk menyertai majlis perasmian.

2. Sebaik tamat, pelajar akan menyertai sesi bergambar beramai2 di laman tengah, Kompleks Akademik D.

3. Majlis perasmian selesai.

4. 16 Kaunter agihan BB1M akan dibuka di kelas D101 – D210. Sila pastikan anda mengenalpasti no kaunter berdasarkan program. (akan dipaparkan di dalam senarai Angka Giliran BB1M).

5. PASTIKAN anda menyemak Angka Giliran BB1M di facebook : Rakan HEA UiTM Kelantan atau papan notis. (Tolong semak untuk kawan2 rapat anda, terima kasih). Sekiranya nama anda tidak tersenarai, sila berhubung dengan Pejabat Bendahari mulai 16 Januari 2012.

6. Dapatkan borang akuan penerimaan BB1M berwarna PINK dan lengkapkan semua maklumat. Borang ini hanya akan diagihkan pada Ahad, 15 Januari 2012 jam 3.00pm.

KEPERLUAN : KAD PELAJAR, PEN (biru atau hitam).

7. Tuju ke kelas yang ditetapkan.

8. Dapatkan COP PENGESAHAN di kaunter semakan.

9. Dapatkan 4 keping BB1M bernilai RM50 (x 4 = RM200). Catat no siri di borang akuan penerimaan BB1M. Tandatangani akuan penerimaan.

10. Serah borang akuan penerimaan BB1M pada petugas.

11. Selesai.

Nota : BB1M boleh digunakan untuk membeli buku di Pesta Buku. Pesta Buku akan bersambung di Perpustakaan Anis pada 16 – 19 Januari 2012.

BB1M tidak boleh ditukar kepada tunai. Sekiranya anda membeli buku/alatulis berjumlah RM44.00, RM6 tidak akan dipulangkan. Sekiranya anda membeli barangan bernilai RM52.75, gunakan 1 Baucar + RM2.75 tunai.

Sebarang masalah berkaitan BB1M boleh dirujuk kepada Pejabat Bendahari mulai 16 Januari 2012. Bahagian HEA tidak terlibat.

Bahagian kedua oleh Rabatul Azira, Penolong Bendahari Bahagian Kewangan Uitm Kelantan Cawangan Machang.

Sukacita dimaklumkan Baucer Buku akan mula diagihkan kepada Pelajar-pelajar seperti di bawah:-

Sesi Pertama:
Tarikh : 15 Jan 2012
Tempat: Blok D
Masa : Bermula Pukul 3.00 Petang (selepas Majlis Perasmian Penyerahan Buku Baucer oleh Dato Menteri)

Sesi Kedua:
Tarikh : 16 Jan 2012
Tempat: Tingkat 3, Blok Pentadbiran
Masa : Bermula Pukul 9.00 Pagi

Minta Perhatian:

PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BAUCAR BUKU

· Pelajar yang telah TAMAT
· Pelajar yang mendapat Cuti Khas (CK) pada semester berkenaan
· Pelajar Diploma yang telah memohon penerapan ke Ijazah semester hadapan dan telah menerima tawaran(Pelajar tidak lagi menjadi pelajar UiTM sehingga mendaftar pada Febuari 2012 nanti)
· Pelajar di Gantung Pengajian
· Pelajar berstatus Gugur Taraf (GT) – Jika pelajar ditarik semula GT mereka layak mendapat baucar berkenaan
·Pelajar yang telah diberhentikan
· Pelajar yang telah Menarik Diri (MD)
·Pelajar yang sedang menunggu untuk Konvo
· Pelajar Professional

KELAYAKAN MENDAPAT BAUCAR BUKU

Kategori Pelajar Yang Layak Adalah Pelajar :-

· Assasi Sepenuh masa
· Diploma Sepenuh Masa/PLK/Epjj
· Ijazah Sepenuh Masa/PLK/SS/Epjj
· Lepasan ijazah Sepenuh Masa/Separuh Masa
· Sarjana Sepenuh Masa/Separuh Masa/Epjj
· PhD Sepenuh Masa/Separuh Masa

Pra Diploma

Sekian, terima kasih

p/s:  agak skema ye. universiti lain bagaiman cara dapatnya ye?




Related posts:

  1. #256 Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung Mantan Pengarah Kampus UiTM Kelantan
  2. listen up #5: peringatan daripada HEA UiTM Kelantan mengenai peraturan semasa peperiksaan
  3. #209 tiada bekalan air di UiTM kelantan dan tindakbalas mahasiswa.
  4. #274 Selamat Ulang Tahun Pengisytiharan UiTM Sebagai Universiti.
  5. cerita sedap #1: tak dapat kolej penempatan uitm

Tags: , , , , , ,

Category: secalit peringatan | RSS 2.0 | Give a Comment | trackback

No Comments

Leave a Reply

Mr Delicious encik sedap ServerFreak Malaysia Web Hosting

Switch to our mobile site