The Hello Bar is a simple notification bar that engages users and communicates a call to action.


Facebook
Twitter
Foursquare

#229 ukuran bahasa MELAYU sebagai bahasa MAJU.

June 16, 2010

ukuran bahasa melayu sebagai bahasa maju
Ada orang berpendapat bahawa sesuatu bangsa tidak akan maju jika bahasanya tidak maju. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘bahasa yang maju’? Adakah maksudnya tatabahasa atau nahu bahasa itu lebih maju daripada nahu bahasa lain? Kalau ya, apakah ukurannya?

Sebenarnya, semua bahasa mempunyai tatabahasa atau nahunya sendiri, yang tidak sama dengan peraturan tatabahasa lain, walaupun ada kalanya peraturan tatabahasa itu, kebetulan sama. Kita tidak mencipta peraturan linguistik atau nahu bahasa kita, tetapi sistem itu sudah ada sejak asal sejarah bahasa kita.

Adakah sesuatu bahasa bahasa itu dikatakan maju apabila istilah dalam bahasa itu lebih kaya atau lebih banyak daripada jumlah istilah dalam bahasa lain? Hakikatnya, perbendaharaan kata dan jumlah istilah dalam mana-mana bahasa tidak pernah ‘lengkap’ atau tuntas. Setiap hari ada sahaja perkataan atau istilah baharu yang terbentuk dalam sesuatu bahasa. Bahasa Inggeris, misalnya, sentiasa dimasuki istilah baharu, terutama dalam bidang teknologi komputer. Istilah yang ‘pelik-pelik’ digunakan, misalnya ‘virus’, ‘mother board’, ‘bus’, ‘mouse’, ‘thumb drive’ dan berpuluh-puluh yang lain seumpamanya untuk menyatakan benda, sistem, teknologi atau idea baharu dalam bidang teknologi komputer. Hanya bahasa yang tidak berkembang lagi yang tidak melahirkan istilah baharu.

Charles Ferguson, seorang pakar sosiologi kemajuan bahasa dari Barat berkata,
bahasa yang maju (a developed language) ialah bahasa yang mempunyai tiga ciri, iaitu
(a) bahasa itu sudah mempunyai tradisi atau sistem tulisan;
(b) bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam bahasa yang disebut ‘a supradialectal form’, iaitu ragam bahasa baku yang tidak sama lagi dengan pelbagai dialek yang terdapat dalam bahasa itu; dan
(c) bahasa itu mempunyai ciri modernisasi (maksudnya, bahasa itu berupaya menterjemahkan bentuk-bentuk wacana moden dari bahasa lain yang sudah maju dan maju)”.

Ini bermakna bahasa Melayu sudah maju sejak sekurang-kurangnya abad ke-14. Sejak abad itu bahasa Melayu sudah mempunyai sistem tulisan yang lengkap, iaitu tulisan Jawi yang digunakan untuk mengarang pelbagai kitab, hikayat dan surat rasmi kerajaan. Hikayat Melayu bertulisan Jawi yang pertama ialah Hikayat Raja Pasai yang dipercayai dikarang di Pasai (Aceh kini) beberapa tahun selepas tahun 1360. Sejak abad itu juga ragam bahasa Melayu baku, atau ragam bahasa Melayu persuratan telah wujud dan berkembang, bermula dengan hikayat tersebut, dan mulai abad ke-15 atau ke-16 bahasa Melayu baku atau bahasa Melayu persuratan inilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Melayu-Islam di seluruh rantau yang kini kita sebut rantau Malaysia-Indonesia-Brunei, dari Sumatera (Aceh dan Palembang) dan Tanah Melayu (terutama Melaka dan Johor-Riau) sampai ke Makasar, Maluku dan Ternate, dan ke Borneo, dan akhirnya mulai abad ke-16, ke Pulau Jawa.

Bahasa Melayu ‘moden’ telah berkembang sejak abad ke-16 atau lebih ketara lagi sejak abad ke-17 apabila lahir beberapa banyak karya dalam bahasa Melayu yang sebahagiannya diterjemahkan daripada karya-karya pemikir agung Islam seperti Imam Al-Ghazali, pemikir Islam yang dapat mempengaruhi para pemikir Barat, termasuk bapa ‘falsafah moden’ Eropah, Rene Descartes (abad ke-17).

Profesor A.A Teeuw (1962) berpendapat bahawa bahasa Melayu ‘moden’ telah berkembang sejak abad ke-17, dan antara pemikir Melayu yang ‘mempelopori’ bahasa Melayu moden ini ialah Hamzah Fansuri, pengarang dan pemikir tasawuf agung Melayu dari Aceh. Prof Muhd Naquib Al-Attas juga berkata bahawa bahasa Melayu ‘moden’ sudah berkembang dalam abad yang sama setelah Hamzah Fansuri mengembangkan fikiran yang ‘saintifik dan rasional’ dalam karya-karyanya.

Oleh itu, yang memajukan bahasa itu ialah pengguna bahasa itu. Jika kita maju, misalnya dalam badang ilmu, dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikirannya, sudah tentulah bahasa kita juga turut maju sebagai bahasa ilmu. Jika kita banyak menghasilkan karya ilmu bermutu tinggi, dalam bidang apa pun, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, dalam bahasa kita sendiri, sudah tentulah bahasa Melayu akan mempunyai kepustakaan ilmu yang kaya dan banyak. Dengan itu, para ilmuwan dari tamadun atau bahasa-bahasa lain akan tertarik untuk mempelajari ilmu yang terdapat dalam bahasa Melayu itu.

Jelas, untuk menjadi bangsa yang mempunyai kelebihan atau ‘nilai tambahan’ dalam apa jua bidang, kita hendaklah berfikir dan mencipta dalam bahasa kita sendiri. Salah satu sebab mengapa sesuatu bangsa itu ‘tidak maju’ ialah mereka tidak mampu berfikir secara kreatif dan mencipta idea-idea, ilmu dan teori-teori baharu dalam bahasa mereka sendiri, kerana mereka tidak menguasai bahasa ragam tinggi. Mereka lebih menguasai bahasa Inggeris untuk ‘berfikir tinggi’, tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka lebih banyak mengulangi atau meniru fikiran atau ilmu yang sudah diciptakan oleh orang Inggeris. Bangsa yang meniru fikiran atau budaya orang lain tentunya tidak akan mampu mengatasi atau bersaing dengan bangsa yang menjadi ‘model’ yang ditiru itu.

Oleh itu, tiga perkara perlu kita sedari untuk menjadi bangsa yang mampu mencipta kelebihan. Pertama, kita hendaklah menyedari bahawa bahasa Melayu sudah maju sejak ratusan tahun lamanya, dan merupakan salah satu bahasa yang terbesar di dunia. Kedua, bahasa Melayu, sebagai sistem bahasa (linguistik) mampu menjadi ‘alat’ untuk melahirkan apa sahaja fikiran, idea, ilmu, teori dan sebagainya dengan syarat kita berusaha berfikir dalam bahasa Melayu ragam tinggi, bukan dalam bahasa pasar yang bercampur aduk dengan unsur Melayu-Inggeris. Bangsa yang menggunakan bahasa campur aduk Melayu-Inggeris menandakan bangsa itu tidak maju dalam budaya dan fikirannya. Contohnya, bangsa Papua New Guinea, Hawaii dan Tahiti, yang menggunakan bahasa kacukan, misalnya bahasa ‘Pidgin’ atau ‘Creol’, ialah bangsa yang tidak maju. Ketiga, bahasa Melayu akan terus maju apabila kita maju dalam apa jua bidang dengan menggunakan bahasa kita sebagai alat kemajuan itu.

Kesimpulannya, ‘teori’ yang benar ialah:
maju bangsa majulah bahasanya.




Related posts:

  1. #169 PPSMI = ditelan mati mak, diluah mati bapak
  2. #166 email getaway: Temuduga Pasti Dapat (sebagai calon jenazah)
  3. #91 Yahudi, bangsa yang ‘bijaksana’

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: mari kita berfalsafah | RSS 2.0 | Give a Comment | trackback

11 Comments

  • Nice entri bro..
    Bahasa melayu memang pernah maju dulu..
    Lingua franca ! ;)
    setahu ku lah

    Like. Comment.

    .encik.SEDAP.™ Reply:

    kalau ikut sejarah memang begitulah. ;)

    Like. Comment.

  • Salam,

    setuju dengan idea utama artikel ini, tetapi kesimpulan di akhirnya seakan semacam..em?

    Like. Comment.

    .encik.SEDAP.™ Reply:

    kenapa tu wahai putra? :|

    Like. Comment.

  • mari memartabatkan bahasa melayu yang sekian cacamarba dengan bahasa di tokok tambah dan menjadi bahasa rempit kata orang.

    Like. Comment.

    .encik.SEDAP.™ Reply:

    mari. :)

    Like. Comment.

  • salam saudara.

    cukup panjang lebar penerangan saudara tentang penggunaan bahasa dalam sesuatu bangsa itu. benar seperti yang dikatakan diatas, maju bahasa kerana maju bangsa. penggunaan bahasa melayu semakin dipinggirkan oleh bangsanya sendiri apabila rata-rata bangsa melayu lebih mengutamakan bahasa asing sebagai medium untuk berurusan. bukan nak kata tidak boleh menggunakan bahasa lain untuk berurusan, tetapi kalau boleh gunakanlah bahasa melayu jika brurusan sesama bangsa melayu. Sekaligus dapat menaikkan martabat bahasa melayu itu sendiri. Kalau tidak bangsa melayu itu sendiri yang menaikkan bahasa melayu, siapa lagi .

    Sekadar pandangan dari seorang bangsa melayu. :)

    p/s : selalu juga mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam penulisan. :(

    Like. Comment.

    .encik.SEDAP.™ Reply:

    p/s: saya juga :(

    Like. Comment.

  • if you don’t mind the perspective of a non-malay speaker here:

    i personally felt that the malay language has been languishing for awhile now and the majority of new words i see are semi-transliterated english words (like signifikan, kontribusi, implikasi, etc). some of my foreign friends can usually make out what the majority of malay texts or signs say because there are just so much english in them.

    Like. Comment.

  • wah! saya sungguh teruja baca artikel anda ini.
    *jadi x baku?*
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.
    *penatnye*

    Like. Comment.

  • bahasa cuma pengantara untuk berkomunikasi je
    as long as it serves this purpose, cukup la tu.

    kalau bahasa baku macam mane pon,
    tapi x boleh buat orang paham, payah gak.

    gwa after lu dengan last quote tuyh
    gyahahahahahah~

    Like. Comment.

Leave a Reply

Mr Delicious encik sedap ServerFreak Malaysia Web Hosting

Switch to our mobile site